Rafizi Ramli gesa belia kahwin sebelum GST dikuatkuasakan

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menggesa golongan belia yang mahu mendirikan rumah tangga agar berbuat demikian sebelum April 2015 apabila cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dilaksanakan.


Rafizi dipetik oleh portal negeri Selangor, Selangorku, sebagai  berkata, kos perkahwinan akan meningkat kerana belanja kenduri dan jamuan majlis perkahwinan akan meningkat akibat GST.

Beliau dilaporkan memberitahu demikian taklimat Faham GST, Tolak GST yang diadakan di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam tadi.

Beliau yang juga ahli Parlimen Pandan berkata, ia termasuklah kos penyediaan makanan secara katering, sewa dewan, sewa khemah dan khidmat jurugambar.

Bekas akauntan itu menjangka pelaksanaan GST tidak akan dapat dielak oleh penyedia perkhidmatan majlis kerana mereka terpaksa mendaftarkan syarikat mereka dengan kerajaan untuk membayar cukai.

Langkah itu katanya membolehkan syarikat itu menuntut kredit GST daripada kerajaan.

“Jika perniagaan katering itu tidak mendaftarkan syarikatnya untuk mengenakan GST kepada pelanggan, ini akan menyebabkan dia terpaksa menanggung caj yang dikenakan kepadanya oleh pembekal dan tidak boleh buat tuntutan kredit GST daripada kerajaan.

"Jadi syarikat katering ini akan mendaftar juga,” katanya.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.