Nurul Izzah mohon fasakh cerai terhadap suaminya

Nurul Izzah mohon fasakh cerai terhadap suaminya

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Kecoh cerita Nurul Izzah tuntut cerai

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar sah memfailkan permohonan fasakh terhadap suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim di Mahkamah Rendah Syariah di sini.

Pengesahan itu dibuat kakitangan mahkamah dekat sini namun enggan mendedahkan butiran lanjut.


Ruang siber digemparkan dengan khabar angin mengenai rumah tangga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar yang dikatakan menuntut cerai daripada suaminya.

Picture
berkahwin muda pada usia 23 tahun

Nurul Izzah dikatakan membuat permohonan cerai secara fasakh menerusi satu tuntutan di sebuah mahkamah syariah pada akhir Disember tahun lalu.

Suami beliau, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim, dipercayai telah menerima tuntutan itu pada 16 Januari lalu dan memohon penangguhan selama dua minggu bagi membolehkan beliau menyediakan kesnya.

Nurul Izzah dan Raja Ahamd Shahrir Iskandar tidak dapat dihubungi bagi mendapatkan komen berhubung dakwaan berkenaan.

Usaha pihak The Star Online mendapatkan pengesahan wanita itu kira-kira pukul 11.40 pagi Khamis tidak berjaya apabila panggilan telefon yang dibuat ke atasnya terputus selepas dua kali berbunyi.


Nurul Izzah, 33, dan Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim, 35, berkahwin pada 9 Mei 2003.

Majlis perkahwinan pasangan itu diadakan di kediaman bapa Nurul Izzah iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bukit Bandaraya, dekat sini.


Mereka dikurniakan seorang anak perempuan berusia tujuh tahun dan seorang anak lelaki yang berusia empat tahun, menurut sumber mStar.

Nurul Izzah dilapor fail penceraian

Spekulasi meluas bahawa anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar memfailkan penceraian disahkan melalui rekod mahkamah syariah, lapor The Star Online.

Menurut laporan itu, semakan dengan Mahkamah Syariah Rendah Jalan Duta mendapati naib presiden PKR itu memfailkan petisyen penceraian terhadap suaminya Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim bulan lalu.

Dilaporkan juga bahawa anak Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim itu enggan mengulas dengan alasan ia hal peribadi.

Bagaimanapun, menjawab soalan berkaitan di Twitter, beliau menjawab "Nope" (tidak).

Beliau disoal seorang pengguna: "salam, betul ke akak tuntut fasakh... keluar news"

Beliau menjawab: "wassalam. Nope".

Penceraian boleh berlaku sama ada melalui ta'liq, fasakh atau tebus talak.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.