(Gambar) Wajah manis Nora Danish berhijab semasa sambut doa selamat harijadi Raiqal

Vrsaljko: Argentina Menangis Seperti Cewek!
Nora Danish sambut harijadi anaknya dengan buat kenduri doa selamat untuk keluarga & sahabat terdekat di kediamannya di Kuala Lumpur.
klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Nora Danish Adakan Majlis Doa Selamat Sambut Ulang Tahun Kelahiran Rayqal

Anak kepada Nora Danish yang memang popular di kalangan peminat dunia hiburan, Putra Rayqal menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-5 semalam dan kami sebenarnya jangkakan majlis sambutan gilang gemilang.

Namun untuk anak kecil ini, Nora Danish menganjurkan majlis doa selamat yang turut dihadiri oleh kaum keluarga, rakan artis dan anak anak yatim dari sebuah sekolah tahfiz.

Dalam kenyataan beliau menerusi Instagram, Nora Danish mengharapkan yang anaknya itu bakal menjadi anak soleh selain berguna kepada masyarakat di masa hadapan.

“Doa semoga Putra ku Rayqal menjadi anak yang soleh, pemimpin yang bijak, berguna pada masyarakat & negara, mentaati perintah Allah & sentiasa penuh dengan sifat kasih sayang. Amin”

Nora Danish juga ada kongsikan beberapa keping gambar sekitar majlis doa selamat Putra Rayqal untuk tatapan para peminat. (rtky/m)

Nora Danish sambut harijadi anaknya dengan buat kenduri doa selamat untuk keluarga & sahabat terdekat di kediamannya di Kuala Lumpur.




Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.