Akhirnya Ariel Sharon (85 tahun) meninggal dunia selepas koma selama 8 tahun

Vrsaljko: Argentina Menangis Seperti Cewek!
Meninggal dunia selepas koma selama 8 tahun.
klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Akhirnya Ariel Sharon (85 tahun) meninggal dunia selepas koma selama 8 tahun


Bekas Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon meninggal dunia di sebuah hospital berhampiran Tel Aviv hari ini pada usia 85 tahun, selepas lapan tahun berada dalam keadaan koma, kata pejabat Perdana Menteri Benjamin Netanyahu.

Bagaimanapun, tiada pengesahan serta-merta dari Hospitam Sheba, di mana meliau dirawat tetapi seorang jurucakap hospital berkata, satu kenyataan rasmi akan diberikan pada jam 3 petang (waktu tempatan).

Sharon berada dalam keadaan koma sejak 4 Januari 2006 selepas mengalami strok.


Namun, keadaan beliau dilaporkan semakin parah sejak 1 Januari lalu apabila mengalami masalah buah pinggang yang serius selepas menjalani pembedahan.

Kickbola.net Ariel Sharon

Siapa Ariel Sharon

Sharon yang meninggal dunia pada Sabtu disifatkan sebagai antara pemimpin politik dan tentera Israel yang cukup kontroversi. Sikapnya yang keras menjadikan orang memanggilnya sebagai "TheBulldozer".



Semasa jadi tentera, dia terlibat dalam semua peperangan besar Israel. Dia kemudian terjun ke dunia politik pada 1973. Kerjayanya sebagai ahli politik penuh dengan gelora sehinggalah kemuncaknya apabila dia mengalami serangan angin ahmar pada Januari 2006 yang menyebabkan dia koma dan tidak sedarkan diri sehinggalah kematiannya hari ini.

Dia yang terpilih jadi Perdana Menteri Israel pada 2001 dikecam teruk dan dihina kerana bertanggungjawab terhadap pembantaian ke atas pelarian Palestin di kem pelarian Sabra dan Shatila pada 1982.

Sharon merupakan antara generasi Zionis yang terlibat mengasaskan cita-cita tegaknya negara Israel. Dia meninggalkan legasi yang cukup kompleks yang kesannya dirasai sehingga hari ini oleh rakyat Palestin serta percaturan krisis Asia Barat itu.

Dialah orangnya yang menyusun dan melaksanakan dasar pemisahan dengan Palestin termasuk membina tembok pemisah di Tebing Barat pada 2002.

Sharon dilahirkan di wilayah Palestin pada 26 Februari 1928. Keluarganya merupakan keturunan Yahudi berasal dari Belarus. Pada usianya 17 tahun, dia menyertai kumpulan bersenjata Haganah yang memperjuangkan penubuhan negara Yahudi itu. Kumpulan itu kemudiannya menjadi ketumbukan tentera Israel.

Dia terkenal dengan sikapnya yang keras kepala dan degil serta tidak bertolak ansur dalam soal penubuhan negara Israel.

Semasa mengetuai kumpulan elit tentera komando rejim Yahudi, Sharon terlibat dalam beberapa serangan ke atas tentera Arab termasuk satu insiden yang cukup menyayat hati yang menyaksikan hampir 60 orang awam Palestin di perkampungan Qibya dekat Ramallah terbunuh pada 1953.



Semasa Perang Enam Hari 1967, ketika mana Israel merampas Tebing Barat dan Gaza, serta wilayah timur Baitulmaqdis dan Bukit Golan, Sharon mengetuai pasukan kereta kebal tentera Israel.

Enam tahun kemudian semasa Perang Yom Kippur pada 1973, dia yang bersara ketika itu dipanggil semula untuk mengetuai pasukan tentera merentas Terusan Suez.

Setahun sebelum itu, dia meninggalkan pasukan tentera untuk masuk politik. Dia membantu mengasaskan parti haluan kanan, Parti Likud yang dipimpin oleh Menachem Begin yang mula berkuasa pada 1977.

Sebagai menteri pertanian, Sharon bertangggungjawab membantu pembukaan kawasan petempatan Yahudi di Tebing Barat.

Sebagai menteri pertahanan, dia jadi dalang pencerobohan Israel ke atas Lubnan ketika mana tentera rejim Yahudi mengepung ibu pejabat Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) di Beirut.

Biarpun PLO berjaya diusir, pemimpinnya Yasser Arafat bolos menyelamatkan diri. Dia mengakui kegagalannya menyekat Yasser itu kembali menghantui dirinya selama beberapa dekad kemudian.


Peristiwa berdarah di Sabra dan Shatila yang mengejutkan dunia menamatkan kariernya sebagai menteri pertahanan selepas siasatan rasmi mendapati dia "bertanggungjawab secara tidak langsung".
respectful rivalry: Rio Ferdinand and Sergio Aguero (©Gallo Images) Peristiwa pembantaian Sabra dan Shatila pada tahun 1982. Berikut rangkuman kilas peristiwa sejarah dari berbagai belahan dunia pada tanggal 16 September 1982.

Pada 1999, bintang politiknya bersinar apabila dia mengambil alih pimpinan Parti Likud yang ketika itu jadi pembangkang.

Setahun kemudian, Sharon membuat satu tindakan provokasi yang mencetuskan kemarahan dunia Islam dan rakyat Palestin khususnya apabila dia melawat Masjid Al-Aqsa yang jadi titik konflik krisis Israel-Palestin. Lawatan pada 28 September 2000 itu mencetuskan intifada kedua.

Pada 2001, Sharon menang pilihan raya setelah pengundi memberikan sokongan kepada kempennya untuk menangani apa yang disifatkan oleh Zionis sebagai "keganasan" Palestin. Dia menggerakkan kempen mengepung ibu pejabat PLO di Ramallah dan hanya membenarkan Yasser lepas daripada kepungan itu untuk menjalani rawatan di Perancis. Yasser meninggal dunia tidak lama kemudian.

Ada khabar angin kononnya dia diracun tetapi dakwaan itu dinafikan oleh rejim Yahudi.

Sharon kemudiannya menunjukkan sikapnya yang berkendur apabila membuat kejutan mengundurkan tentera Israel dan pendatang Yahudi daripada wilayah Gaza yang diduduki.

Namun tindakannya itu dikatakan dibuat ekoran kebimbangan orang Yahudi tidakmungkin jadi kelompok majoriti di wilayah sempit tetapi padat penduduk itu.

Dia dituduh belot kerana keputusannya itu. Sharon kemudian meninggalkan Parti Likud untuk menubuhkan Parti Kadima dengan gagasan membuat lebih banyak pengunduran daripada Tebing Barat.

Tetapi hanya enam minggu kemudian, pada 4 Januari 2006, dia diserang angin ahmar. Dia tidak pernah sedarkan diri sejak itu sehinggalah kematiannya hari ini.



Bagi ramai Zionis, beliau adalah seorang hero dan pujaan, sungguhpun ramai yang menentang beliau atas dasar kepentingan politik.

Bagi manusia yang siuman, beliau adalah seorang pengganas yang tidak mengenal erti kemanusiaan, seorang pembunuh yang brutal dan angkuh. Beliaulah yang mencetus Intifadah Al-Aqsa. Beliaulah juga yang mengganyang manusia di Sabra dan Shatila.

Setelah berada dalam keadaan koma selama lapan tahun, akhirnya Ariel Sharon diisytiharkan mati petang tadi di Pusat Perubatan Sheba di Tel Hashomer, Tel Aviv sebagaimana diumumkan anaknya, Gilad Sharon.

Berketurunan Yahudi pendatang dari Rusia, Sharon dilahirkan pada 1 Mac 1928 di Kfar Malal. Beliau merupakan ahli kumpulan gelap Haganah, yang akhirnya meresap menjadi sebahagian daripada pasukan tentera Zionis 'yang sah'.

Sejurus mengakhiri karier dalam tentera sebagai seorang Major Jeneral, beliau memasuki arena politik. Kemudian beliau diangkat menjadi Menteri Pertahanan, seterusnya menjadi Perdana Menteri dari 2001 hingga 2006. Januari 2006, beliau diserang stroke, dan berada dalam keadaan koma sehingga ke akhir hayat.


Jun 1973 - bersara dari tentera dan terus aktif dalam politik bersama Parti Liberal.

Okt 1973 - kembali ke dalam tentera (bila meletus Perang Yum Kippur)

Dec 1973 - menjadi ahli Knesset

1981 - menjadi Menteri Pertahanan
respectful rivalry: Rio Ferdinand and Sergio Aguero (©Gallo Images) Menteri pertahanan Israel ketika itu Ariel Sharon, latar depan, menaiki kapal pengangkut kakitangan berperisai dalam lawatan ke unit Israel menuju ke pinggir Beirut, Lubnan, 15 Jun 1982. (Foto ©AP)


Sep 1982 - mencetus tragedi pembunuhan Sabra & Shatilla, hingga dipaksa letak jawatan Menteri Pertahanan, tetapi tetap di dalam kerajaan sebagai menteri tidak berfotfolio.

1984- menjadi Menteri Perdagangan dan Industri

Sep 2000 - menceroboh masuk ke Masjid Al-Aqsa, mencetuskan Intifadah Al-Aqsa (Intifadah ke-2)


Jan 2003 - menang pilihanraya Knesset (bersama Parti Likud), menjadi Perdana Menteri

Ogos 2005 - pindahkan semua Yahudi keluar daripada Gaza.

4 Jan 2006 - diserang sakit "cerebral hemorrhage", dan tidak pernah sedarkan diri sejak tarikh tersebut sehinggalah beliau mati.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.