Rabecca kecewa kemenangan Saman RM11,200 dibayar Dengan Syiling 5sen oleh Erma Fatima

Erma Bayar Saman Rabecca Guna Syiling 5 Sen

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)


Rabecca Terkejut Terima Wang Saman Erma Dalam Bentuk Syiling 5 Sen

Pelakon dan pengarah terkenal, Erma Fatima telah membayar wang tuntutan daripada pelakon Rabecca Nur Al-Islam sebanyak RM11,200 dalam bentuk wang syiling 5 sen sehingga menimbulkan rasa kurang senang pelakon itu dan meminta Erma membayar wang tuntutan itu dengan cara berhemah.

Difahamkan, Erma bukan sahaja membayar saman tersebut dengan menggunakan syiling malah turut memberikan senaskah Al-Quran kepada Becca.

Picture
Erma Bayar Saman Rabecca Guna Syiling 5 Sen

Dalam pada itu, Erma turut memberi komen di Twitter mengenai tindakannya itu;

"Aiyoooooo!  Takan pasal 5 sen i jd gaduh!  Tak salahkan kalau i nk byr dia dgn duit apa pun asal i byr.

"Adakah quran yg selalu d jd kan hantaran kahwin satu sindiran?Sy mahu quran jd saksi pembayaran sy. Tu je!" Ujarnya.

Dalam perkembangan sama, tidak mahu isu ini berlarutan, Erma dilihat memadamkan beberapa foto di Instagram berhubung tindakannya ini.

Pada 8 November lalu, Rabecca berjaya memenangi kes tuntutan terhadap Erma Fatima apabila mahkamah mengarahkan Erma mengembalikan baki jumlah wang lakonan Rabecca menerusi drama 'Dejavu Di Kinabalu' sebanyak RM11,200 termasuk lima peratus faedah daripada bayaran selain membayar kos guaman kepadanya.

Tapi bagaimanapun, Rabecca Nur Al Islam tidak mahu menerima wang tersebut dan memulangkan kembali kepada Erma Fatima dan meminta beliau membayar wang tuntutannya itu dengan cara yang berhemah.. Rabecca turut meluahkan perasaan dilaman social Twitter dan menyifatkan dia masih berhati bangkai.

Erma Fatima melalui laman social bagaimanapun menjelaskan, walaupun dia memberi duit 5 sen, namun jumlahnya tetap sama dengan tuntutan tersebut.. Dan Al-Quran yang diselitkan hanya sebagai saksi pembayaran duit tuntutan itu.


Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.