Pelaburan RM136.9 bilion dilulus

 

Malaysia mencatatkan jumlah pelaburan yang diluluskan sepanjang Januari hingga September 2013 sebanyak RM136.9 bilion, berbanding tempoh yang sama tahun lalu iaitu sebanyak RM108.5 bilion.


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Datuk Noharuddin Nordin, jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 26 peratus.

Tambahnya, sektor perkhidmatan menjadi penyumbang tertinggi dalam pelaburan ini, diikuti sektor pengeluaran dan sektor asas.

Noharuddin berkata, pelaburan domestik mencatatkan sebanyak RM94.1 bilion, mewakili 68.7%daripada jumlah pelaburan yang diluluskan, manakala pelaburan asing berjumlah RM42.8 bilion, iaitu 31.3%

"Dalam tempoh sembilan bulan pertama ini juga, sebanyak 126,912 peluang kerja baharu berjaya diwujudkan dengan 3,908 projek telah diluluskan," katanya.

Walaupun ramai pihak tertentu berkata Malaysia akan muflis dan sebagainya, ekonomi Malaysia nampak semakin maju. RM136bilion pelaburan dalam 9 bulan adalah satu perkara yang patut dibanggakan. Seperti saya selalu kata, kerajaan persekutuan sedia ada pandai bawa masuk pelaburan dan mencipta pekerjaan, cuma masalahnya mereka kurang mahir dalam mengurangkan kos hidup.

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.