Kisah Gambar Gadis Melayu yang memuat naik gambar mengghairahkan di Facebook

Kisah Gambar Gadis Melayu yang memuat naik gambar mengghairahkan di Facebook

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)




SAYA tidak sempat melihat gadis-gadis seksi kita yang dipaparkan dalam sebuah akaun Facebook @ FB. Sebaik sahaja laporan polis dibuat laman sosial berkenaan telah ditutup, dan gambar-gambar yang mendebarkan itu hilang dari maya.

Sejak sebulan lalu FB berkenaan telah memuatkan banyak gambar-gambar gadis kita dalam gaya yang mengghairahkan. Orang menukar status diri (gambar) di FB adalah perkara biasa. Ada orang menukar status setiap dua hari!

Tetapi memuat gambar-gambar seksi di laman sosial bagi setengah orang adalah dianggap luar biasa, walaupun sebenarnya ada orang yang memang suka bertukar-tukar gambar seksi menerusi FB, untuk syok sendiri.

Hakikatnya ialah FB, juga laman-laman sosial lain, memang telah menjadi medan untuk orang berlucah-lucah, bersyok-syok. Juga untuk orang mencaci, memaki-hamun, memfitnah, dan menabur seribu satu macam racun.

* ADAPUN perihal gadis seksi kita di FB mulanya dibangkitkan oleh Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) yang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur.

Kata Presiden MJMM, Abdul Rani Kulup mengenai gadis-gadis dalam FB berkenaan: “Kita tidak tahu sama ada mereka dengan rela atau dipaksa melakukan aksi berkenaan.”



Beliau mahu pihak berkuasa – termasuk polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) – menyiasat siapa dalangnya, dan menyekat gejala negatif ini daripada terus berkembang serta membawa budaya buruk dalam masyarakat.

Untuk pengetahuan MJMM di laman sosial kita, kelucahan sudah menjadi perkara biasa, memang sudah menjadi satu lagi penyakit sosial. Kita kini mempunyai lebih 15 juta akaun FB. Kalau tidak ada iltizam, kita semua, terutama remaja, akan tenggelam dan lemas dalam kelucahan.

* MENGENAI salah guna laman sosial, Dewan Negara Jumaat lalu diberitahu Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan membentangkan rang undang-undang baharu bagi memerangi perbuatan fitnah serta penghinaan ke atas Islam dan institusi diraja, khususnya dalam internet.

Timbalan Menterinya, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pengenalan kepada rang undang-undang baharu itu adalah perlu, sejajar dengan pendirian kerajaan untuk tidak mengharamkan media berkenaan.

Untuk pengetahuan, SKMM menerima sebanyak 36 aduan terhadap laman web dan blog membabitkan kes-kes penyebaran ajaran sesat, Syiah dan menghina Islam setakat ini. 29 kes sedang dalam siasatan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 98).

Menurutnya, KDN menyedari berlaku banyak salah guna di media alternatif, terutama melibatkan aspek fitnah – juga kelucahan – justeru masalah tersebut perlu ditangani dengan undang-undang baharu. Undang-undang lagi!

* PERLUKAH dibuat undang-undang baharu untuk menangani gejala salah guna laman sosial? Apakah peraturan dan undang-undang sedia ada tidak boleh digunakan untuk membanteras kegilaan ini?



Sebenarnya kita sudah ada cukup undang-undang untuk menangani perkara ini. Seperti yang dijelaskan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, kita sudah ada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 98). Apakah itu tidak cukup untuk melawan gejala buruk internet?

Kita ada Akta Hasutan, Akta Fitnah. Kita ada polis, pihak berkuasa agama, dan lain-lain agensi yang boleh digerakkan untuk memerangi perkara ini. SKMM telah menubuhkan Biro Aduan untuk mempermudah orang ramai mengadu, ada pula kempen ‘Klik Dengan Bijak’ untuk membangkitkan kesedaran umum.

Baru-baru ini di Dewan Negara juga Ahmad Shabery menegaskan: “Pada masa ini, AKM, Akta Hasutan dan Akta Fitnah sudah memadai untuk mengawal dan mengekang aktiviti pengguna laman sosial termasuk 15 juta akaun Facebook.”

Kalau begitu apa perlunya undang-undang baharu? Apa gunanya banyak undang-undang sekiranya tidak ada penguatkuasaan?

* AKHIR kalam, mula-mula heboh mengenai Syiah. Ada bukti gred A, ada gred B. Dengan bukti bergred-gred itu orang yang tidak mengakui Syiah, hendak didakwa. Peliknya sebelum ini ramai orang yang mengakui Syiah – termasuk pengakuan dalam TV – tidak pula didakwa.


Kemudian semua bercakap dan berhujah mengenai Ahli Sunnah Wal Jamaah. Kemudian sebut pula empat mazhab. Dan sehari dua ini sibuk pula mengenai Wahabi. Banyak sangat isu, tetapi tidak ada penjelasan lengkap.

Akhirnya semua keliru!

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.