Duta Korea Utara Di Malaysia Dipanggil Pulang ke Pyongyang

Duta Korea Utara Di Malaysia Dipanggil Pulang ke Pyongyang

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Duta Korea Utara ke Malaysia, Jang Yong-chol dipanggil pulang ke Pyongyang hanya beberapa hari selepas bapa saudaranya, Jang Song-thaek digugurkan daripada jawatannya dalam badan tertinggi tentera negara itu, tindakan dipercayai didalangi pemimpin Korea Utara Kim Jong-un.

Berita itu disahkan apabila kelibat isteri Yong-chol dan dua anak lelakinya dilihat menaiki penerbangan Air Koryo ke Pyongyang di bandar raya Shenyang, timur laut China semalam.

Semalam, Perkhidmatan Perisikan Nasional Korea Selatan (NIS) memberitahu Parlimen bahawa pihaknya percaya Song-thaek yang juga bapa saudara Jong-un dipecat sebagai Naib Pengerusi Suruhanjaya Pertahanan Nasional.

Beliau yang juga antara lelaki paling berpengaruh di negara itu, sering dirujuk sebagai pemimpin nombor dua tidak rasmi dalam barisan kepimpinan Korea Utara dan dinamakan oleh sejumlah penganalisis sebagai orang yang berkuasa di belakang Jong-un.

p/s: sejak bila pula negara ada hubungan dengan negara komunis korea Utara ni???


Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

1 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Semenjak 1973. Buat blog tak buat kajiselidik ke? Ni mesti tak tau pasal mesyuarat North Korea dengan USA buat kat KL kan?

    ReplyDelete