Header Ads

Up2date Terkini!
recent

Borang Online Permohonan dan Pendaftaran Rumah Idaman Rakyat SPNB


Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dengan slogan “Menerajui kediaman mampu milik untuk 1Malaysia” menyediakan rumah mampu milik yang berkualiti kepada setiap keluarga di Malaysia sejajar dengan Objektif Perumahan Negara


Terdahulu, ketika membentangkan Bajet 2014, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kerajaan mahu SPNB bertindak sebagai pemaju projek Rumah Idaman Rakyat (RIR) kerana ia mampu menawarkan harga yang jauh lebih rendah berbanding pemaju hartanah swasta lain



Perdana Menteri turut memaklumkan SPNB akan membina tiga ribu unit RIR di seluruh negara pada 2014

Bagi yang berminat dengan Program Rumah Idaman Rakyat yang ditawarkan oleh SPNB boleh mengisi borang pendaftaran secara dalam talian (online)

Sila ikuti maklumat yang berkaitan seperti berikut

Borang Pendaftaran Dan Maklumat Bagi Program Rumah Idaman Rakyat (RIR)

Borang boleh dilengkapkan dan maklumat berkaitan boleh didapati, klik pada link di bawah 

Syarat Kelayakan Program Rumah Idaman Rakyat

Pembeli mestilah warganegara Malaysia berumur 21 tahun dan keatas
-->
Mempunyai pendapatan individu tidak melebihi RM7500
Atau pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000
Keutamaan diberikan kepada pembeli rumah pertama, golongan OKU dan ibu tunggal

Info lain berkaitan Program Rumah Idaman Rakyat


a) Harga jualan rumah bermula dari RM70,000 ke RM250,000. Manakala unit kedai tidak melebihi RM 1,000 000

b) Konsep pembangunan adalah bercampur

c) Jenis Rumah

Banglo
Teres
Rumah Berkembar
Apartment ( Minimum 5 Tingkat)
Unit Kedai

Perkongsian info selanjutnya adalah mengenai borang dan maklumat ringkas tentang program Rumah Mesra Rakyat


Rumah Mesra Rakyat (RMR)

Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk memiliki rumah sendiri yang sempurna dan selesa


Bagi yang berminat dengan Rumah Mesra Rakyat (RMR), pemohon perlu mengisi dan melengkapkan maklumat dan dokumen yang dinyatakan di dalam borang itu sepenuhnya

Borang boleh didapati secara percuma. Sila rujuk pada ruangan dibawah

Borang Permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR)

Borang boleh dicetak dan dilengkapkan dengan memuat turun (download) klik pada Link dibawah: 

<<Borang Permohonan RMR1M>> 


Untuk maklumat lanjut mengenai program ini, sila hubungi Jabatan Rumah Mesra Rakyat di talian 1-300-80-3838 atau 03-26185555 ataupun Email: pr@spnb.com.my

Sebarang maklumat lanjut atau produk lain yang berkaitan adalah dengan sewajarnya melayari laman web rasmi SPNB di capaian url http://www.spnb.com.my

No comments:

Powered by Blogger.