Azean Irdawaty meninggal dunia selepas lama menderita tumor

Picture
Primadona filem Melayu, Azean Irdawaty, 63 tahun meninggal dunia pada Selasa pukul 8.25 malam di Hospital Universiti, Petaling Jaya, Selangor.

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)

Primadona filem Melayu, Azean Irdawaty meninggal dunia

Primadona filem Melayu, Azean Irdawaty, 63 tahun meninggal dunia pada Selasa pukul 7.29 malam di Hospital Universiti, Petaling Jaya, Selangor.
Allahyarhamah menderita sejak lima tahun lalu akibat penyakit tumor dan lymphedema yang dihidapinya.

Allahyarhamah merupakan pelakon yang mula mencipta nama sebagai penyanyi pada era 70an dan namanya meledak di layar perak akhir 70an setelah membintangi filem Esok Masih Ada arahan Tan Sri Jins Shamsuddin.

Di layar perak, Azean merupakan pemenang sebanyak dua kali trofi Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia pada tahun 1980 menerusi filem Esok Masih Ada dan Langit Petang pada tahun 1982.

Allahyarhamah cukup dikenali menerusi watak Auntie Zai lakonan terbaiknya dalam filem Layar Lara arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba.

Menerusi watak Tok Wan dalam filem Waris Jari Hantu, sekali lagi Allahyarhamah membawa pulang trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik FFM pada 2008.

Filem terakhir lakonannya ialah menerusi filem terakhir arahan Allahyarhamah Yasmin Ahmad, Talentime pada tahun 2009.

Selain filem, Allahyarham turut dikenali di skrin televisyen antaranya drama Aishah 50 Sen, Ratu Jamu, Kembali dan Najihah.

Allahyarhamah meninggalkan suami, Khairil Anwar Z.M Rashidi dan tiga orang anak, Khaeryll Benjamin, Elza Irdalynna dan Inessa Irdayanty.

Jenazah Allahyarhamah akan dibawa ke kediamannya beralamat 92, BU 11/7, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor.

Urusan pengebumian akan diumumkan dalam waktu terdekat.

Cukup lama menderita sejak lima tahun lalu akibat penyakit tumor dan Lymphedema, Hari ini, Selasa jam 8:26 malam pelakon yang menjadi primadona filem Melayu, Azean Irdawaty menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 63 tahun di Hospital Universiti, Petaling Jaya.

Allahyarhamah meninggalkan suami, Khairil Anwar Z.M Rashidi dan tiga orang anak, Khaeryll Benjamin (Benjy), Elza Irdalynna dan Inessa Irdayanty. Jenazah Allahyarhamah akan dibawa ke kediamannya beralamat 92, BU 11/7, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor dan dikebumikan.

Sama-samalah kita menyedekahkan Al-Fatihah dan berdoa semoga roh Allayarhamah ditempatkan bersama golongan hambaNya yang beriman.

KICKBOLA.NET: MATI ITU PASTI UNTUK SEMUA YANG HIDUP DAN TAK ADA SESIAPA YANG BOLEH LARI DARINYA. KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH SEMENTARA



Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.