UMS Tamu Gadang 2013 tampil kelainan

Pesta Tamu Gadang sempena Majlis Konvokesyen Ke-15 Universiti Malaysia Sabah (UMS) 2013 menampilkan kelainan berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Tinjauan mendapati penganjuran pesta itu di tapak yang lebih luas membolehkan beberapa acara baharu diperkenalkan.

Antaranya, Pesta Ria Mini, Pertandingan Pocket Bike dan Pertandingan Auto Show melibatkan 200-buah kereta. Turut diadakan, Pertandingan Ikon Kampus yang terbuka kepada penuntut IPTA dan IPTS dan Pertandingan Mewarna bagi kanak-kanak bawah 12-tahun.

Pesta Tamu Gadang yang dianjurkan sepenuhnya para pelajar UMS turut menyediakan 400 tapak untuk pameran penyelidikan, gerai jualan makanan, cenderahati dan koleksi alat-alat muzik serta pakaian tradisional.

Majlis Konvokesyen UMS Ke-15 menyaksikan seramai 4-ribu 553-graduan menerima Ijazah Sarjana Muda masing-masing yang turut disampaikan Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr Mohd Harun Abdullah.
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.