Header Ads

Up2date Terkini!
recent

"Kehilangan" Misteri Anggota PDRM Wanita Akhirnya Terjawab!!

 

Tanda tanya mengenai ketidakhadiran bertugas seorang anggota polis wanita sejak beberapa hari lalu terjawab apabila mayatnya ditemui dalam keadaan berulat dan hampir reput di dalam rumahnya di Perumahan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, mangsa Koperal Rukiyah Talib, 57, ditemui beberapa rakan sekerja yang datang untuk menjenguknya selepas dikatakan tidak datang kerja beberapa hari lalu. 

Difahamkan, mangsa bekerja di Jabatan Logistik (Unit Komunikasi) IPK Sabah dan dipercayai tinggal di perumahan polis sendiri. 

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Deputi Superintendan A Sahak Rahmat berkata, siasatan awal mendapati sebelum kejadian, rakan sekerja mangsa curiga selepas mangsa tidak datang kerja beberapa hari lalu. 

“Selepas itu, rakan mangsa kemudian pergi ke rumah mangsa dan mengetuk beberapa kali namun tiada jawapan. 

“Rakan sekerja mangsa kemudian memanggil beberapa jiran sebelum berjaya membuka pintu hadapan. 

“Sebaik pintu berjaya dibuka, mereka terkejut apabila menemui mayat mangsa dalam keadaan berbau lalu bertindak menghubungi pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi, semalam. 

Beliau berkata, siasatan awal dipercayai mangsa sudah meninggal dunia sejak empat hari sebelum itu. 

“Pemeriksaan lanjut mendapati, tiada sebarang unsur jenayah, namun siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian mangsa. 

“Mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya

No comments:

Powered by Blogger.