Isteri Tentera ditikam semasa Online Chat

Vrsaljko: Argentina Menangis Seperti Cewek!
Wanita hamil ditikam semasa di FaceTime kepada suaminya. Rachel Poole, 31, diserang hanya seminggu sebelum dia dijangka bersalin (Gambar: Facebook/Justin Pele Poole)
klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)


Giler! Tonton Isteri Ditikam Secara LIVE!

Cuma Mampu Lihat Isteri Ditikam Secara ‘LIVE’

Bagai dalam filem aksi cemas, seorang suami hanya mampu melihat isterinya ditikam depan mata tanpa mampu berbuat apa-apa apabila kejadian berlaku semasa mereka sedang berhubung menerusi ‘video chat’.

Vrsaljko: Argentina Menangis Seperti Cewek!
Pasangan itu kerap FaceTimed kerana dia seorang askar yang ditempatkan di luar negara (Gambar: Facebook/Rachel Poole)
Justin Pele Poole, tentera Amerika yang bertugas di Barat Daya Asia sedang berbual dengan isterinya, Rachel Poole, 31, apabila seorang lelaki tiba-tiba memecah masuk kediaman mereka di El Paso, Texas lalu menikam isterinya yang sedang sarat mengandung berkali-kali sebelum melarikan diri, malam Rabu lalu.

Rachel yang mengenali penyerangnya menjerit nama lelaki tersebut agar didengar Justin sebelum menelefon 911 untuk meminta bantuan dalam keadaan lemah.

Doktor berjaya menyelamatkan Rachel yang mengalami kecederaan di badan dan wajah, begitu juga bayi dalam kandungan yang dijangka akan dilahirkan dalam masa seminggu lagi.

Vrsaljko: Argentina Menangis Seperti Cewek!
Rachel Poole kerap menyiarkan foto semasa kehamilannya. Anak perempuannya, Isabella, dilahirkan semalam (Gambar: Facebook/Rachel Poole)
Tapi malangnya, Rachel kehilangan sebelah mata akibat insiden tersebut.

Dalam pada itu, tindakan Rachel menjerit nama penyerangnya memudahkan Justin melaporkan kejadian kepada rakan dan pihak berkuasa agar dapat menahan suspek dengan segera.

Vrsaljko: Argentina Menangis Seperti Cewek!
Moss telah didakwa dengan cubaan jenayah membunuh modal, dengan bonnya ditetapkan pada $60,000 (Gambar: Jabatan Polis El Paso).
Penyerang Rachel dikenali sebagai Corey Moss, 19, yang mempunyai hutang dengan Justin.

Justin sepatutnya bertugas selama sembilan bulan di Barat Daya Asia namun ekoran kejadian ngeri ini, dia dibenarkan pulang serta merta untuk berada di sisi Rachel yang mengalami trauma.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.