Header Ads

Up2date Terkini!
recent

Pegawai Bank Mati ditembak oleh Pengawal Keselamatan

Mengapa Norazita Perlu Ditembak? 

Subang Jaya: 24 Okt 2013. Seorang Pegawai Bank telah ditembak mati  dalam kejadian rompakan oleh pengawal keselamatan bank itu sendiri kira-kira jam 6.18 petang semalam. Mangsa yang dikenali sebagai Norazita Binti Abu Talib 37 maut ditempat kejadian apabila ditembak dengan senjata jenis 'pump gun' dari jarak dekat mengenai bahagian kepala sebelah kiri.



Pengawal Bank yang telah bertukar status sebagai penjenayah itu adalah Ardi Hamzah 37  berasal dari Tawau Sabah. Mangsa dikatakan tidak melawan apabila diacukan dengan senjata tersebut sebelum membuka peti besi tempat penyimpanan wang tersebut. Persoalannya mengapa perlu Norazita ditembak. Mangsa tidak melawan kerana sebagai pegawai bank tentunya beliau arif bahawa semua wang di bank telah diinsurankan dan tiada gunanya mempertaruhkan nyawa. 




Tapi malangnya beliau mati ditembak dengan kejam. Apakah penjenayah tidak sedar bahawa kejadian tersebut telah dirakamkan oleh sekian banyak CCTV yang terdapat di bank tersebut. Mungkin dia juga tidak sengaja menembak kerana dalam keadaan yang kelam kabut itu apa jua perkara boleh berlaku.Penjenayah tidak merancang rompakan dengan teliti. Dia hanya sempat melarikan sejumlah wang didalm peti besi tersebut kedalam beg sandangnya sebelum melarikan diri. Masih terdapat baki wang di peti besi tersebut yang tidak sempat diambil. Dengan kata lain rompakan tersebut tidak berbaloi dengan jenayah bunuh yang telah dilakukan.

 Suami mangsa yang sedih terhadap kejadian yang menimpa isterinya
Rakan-rakan mangsa  yang turut berada ditempat kejadian

Suami mangsa diberitakan sempat menghubungi mangsa beberapa minit sebelum kejadian kerana risaukan keselamatan isterinya yang akan memandu dalam keadaan gelap ditambah dengan cuaca yang mendung dan hujan.Menurut anak saudaranya, Mohd Fakri Azad M Azhar Syawal Suami mangsa menghubungi Norazita kerana risaukan isterinya yang rabun dan menghadapi kesukaran apabila memandu diwaktu hujan. Suami Norazita dikatakan menghubunginya sekali namun panggilannya tidak berjawab. Itulah mungkin naluri seorang suami yang dapat merasakan perkara buruk akan berlaku kepada isterinya.

" Namun tidak berapa lama kemudian Pakcik Wan memberitahu saya bahawa pihak bank telah menghubunginya namun tidak memaklumkan tentang kejadian tersebut sebaliknya diminta segera hadir ke bank tersebut. Pakcik segera bergegas ke bank namun tidak mengesyaki apa-apa sehingga dimaklumkan sebaik sahaja tiba di tempat kejadian."



Timbalan Ketua Polis Selangor, Dato' Abdul Rahim Jaafar berkata pihaknya sedang berusaha mengesan penjenayah terbabit.

" Suspek masih lagi bersenjata. Kami harap orang ramai berhati-hati dan melaporkan dengan segera sekiranya menjumpai suspek." Beliau juga turut mengedarkan gambar suspek kepada media. "Kerugian belum dikenal pasti dan kes disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Mayat mangsa telah di bawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk dibedah siasat".

Apapun Takziah kepada keluarga mangsa.





Seorang pegawai bank maut selepas ditembak seorang pegawal keselamatan bank yang mahu merompak wang di dalam bilik kebal bank terbabit.

Kejadian berlaku di cawangan bank berkenaan di USJ 2 Sentral, Subang Jaya.

Menurut sumber polis, mangsa seorang wanita berusia 37 tahun, difahamkan bersama suspek serta empat lagi pegawai bank berada di dalam bilik kebal dipercayai mahu menyimpan sejumlah wang kira-kira pukul 6.18 petang.

 
Bagaimanapun suspek yang berasal dari Sabah yang bersenjatakan 'pump gun' itu telah melepaskan tembakan dan mengenai kepala mangsa.

Suspek kemudiannya telah melarikan diri bersama sejumlah wang dengan menaiki motosikal.

Bagaimanapun, jumlah wang yang dilarikan tidak diketahui


P/S: Pegawai Bank dibunuh oleh Pengawal keselamatan sendiri semasa di bilik Kebal Bank hari ini. Sangat kasihan nasib anak-anak wanita ini dan keluarganya. Kenapa Pengawal Keselamatan dari SABAH ni Kejam sangat. Kalau negeri lain tak apalah sebab negeri tak disebut sangat. Orang-orang SABAH mesti menjaga nama baik di luar negeri. Moga dia tertangkap dan dihukum sewajarnya)

Mohon sahabat pakat2 sedekahkan Al-Fatihah utk mangsa..AL-FATIHAH.. Kes pegawai Ambank yg ditembak oleh pengawal keselamatan..Mangsa yang ditembak bertugas sebagai operation officer Ambank nama Noazita bt Abu Talib berumur 37 tahun.Mangsa dikatakan sudah berkhidmat selama 16 tahun bersama Ambank. Kejadian berlaku lebih kurang jam 6 petang yang mana suspek nama Ardi bin Hamza umur lebih kurang 37 tahun yang beralamat Jalan Apas Batu 2 no 70 Tawau Sabah. Suspek menggunakan senjata jenis pumpgun dan sebanyak 1 das tembakan di lepaskan dan mengenai muka mangsa ketika mangsa sedang membuka peti kebal dan suspek melarikan wang dalam jumlah yang tidak diketahui.Kenderaan yang suspek gunakan disyaki motosikal.dan sedang dikesan.

No comments:

Powered by Blogger.