Intipati dan Ringkasan Bajet 2014 Malaysia

Intipati dan Ringkasan Bajet 2014 Malaysia

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Senarai BAJET 2014

BAJET 2014 MALAYSIA akan dibentangkan pada 25 Oktober ini oleh Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak bertajuk "Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana Janji" di Dewan Rakyat. Bajet 2014 memberi tumpuan kepada lima teras utama iaitu merancakkan aktiviti ekonomi , mengukukuhkan pengurusan fiskal, mempergiat pembangunan bandar dan luar bandar serta mensejahterakan kehidupan rakyat.
Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membentangkan Bajet 2014 berjumlah RM264.2 bilion dalam memastikan pertumbuhan ekonomi negara terus berkembang kukuh, mengurangkan defisit fiskal, memakmurkan negara dan mensejahtera rakyat dalam proses Malaysia menuju status negara maju berpendapatan tinggi.



Antara Teks Ucapan & Senarai BAJET 2014 ialah :

RM217.7 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus
RM46.5 bilion bagi perbelanjaan pembangunan.
RM63.3 bilion dikhaskan untuk emolumen
RM36.6 bilion bagi perkhidmatan dan bekalan
RM114.5 diperuntuk kepada pemberian dan kenaan bayaran tetap, sejumlah
RM1.4 bilion untuk pembelian aset
RM1.5 bilion untuk perbelanjaan lain.
RM29 bilion disediakan untuk sektor ekonomi
RM10.5 bilion bagi sektor sosial termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat.
RM3.9 bilion diperuntukkan bagi pembangunan sektor keselamatan
RM1.1 bilion (pentadbiran am) dan RM2 bilion (simpanan luar jangka).
Peruntukan RM6 bilion untuk pelaksanaan program pertanian
RM1.6 bilion bagi pembangunan 5 wilayah Koridor
RM540 juta disediakan untuk bantuan persekolahan
RM2.2 bilion bantu kos pembelajaran pelajar



BR1M dinaikkan kepada RM650, RM300
Bayaran Bantuan Khas Kewangan untuk pesara RM250
Kakitangan awam terima bonus setengah bulan gaji, minimum RM500 pada Januari 2014
Kerajaan peruntuk RM1.9 bilion bina rumah mampu milik
Kerajaan sedia kit rawatan CAPD percuma kepada pesakit buah pinggang
Subsidi gula dimansuhkan berkuatkuasa esok - Najib
Kerajaan cadang tingkat sumbangan SP1M daripada 5 kepada 10 peratus
Bantuan persekolahan RM100, baucar buku RM250 diteruskan
RM450 juta diperuntukkan untuk NKRA Pengurangan Jenayah
GST dilaksanakan 1 April 2015, kadar 6 peratus
Perkhidmatan pengangkutan, Kerajaan dikecualikan GST
GST tidak dikenakan kepada barangan asas
Pembayar cukai tidak perlu kemuka borang nyata cukai pendapatan mulai 2014
Pinjaman RM50 juta disediakan untuk Usahawan Siswazah
Projek HSBB fasa kedua dilaksanakan, kos RM1.8 bilion
Tabung Khas Infrastruktur Pelancongan RM2 bilion disediakan

Akta perlindungan data peribadi lindungi maklumat peribadi orang ramai
Aktiviti ekonomi di perairan Sabah kembali pulih dengan tertubuhnya ESSCOM
Jawatankuasa Khas ditubuhkan siasat laporan Ketua Audit Negara
Program kebajikan rakyat 1Malaysia manfaatkan 514,066 kumpulan sasar
Pengguna Internet Malaysia cecah 25 juta orang pada 2015
Ekonomi Malaysia berkembang 5.0 hingga 5.5 peratus tahun depan
Pejabat Pembangunan Usahawan Negara diwujudkan
Pelan Induk Sektor Perkhidmatan 2014 diperkenalkan
2015 diisytiharkan “Year of Festival”

Pendapatan perkapita negara bagi tahun 2014 dijangka mencecah RM34,126 iaitu 37 peratus lebih tinggi berbanding RM24,879 pada 2009.

Teks Ucapan Bajet 2014 boleh dimuat turun melalui Laman Rasmi Bajet 2014

www.treasury.gov.my pada 25 Oktober 2013 sejurus selepas YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan membentangkan ucapan. Teks ini juga boleh dimuat turun melalui laman web agensi-agensi Kementerian Kewangan seperti berikut: 

TEKS UCAPAN BAJET 2014 [ Download Link / Mirror]

Intipati / Teks Ucapan / Ringkasan Bajet 2014 Malaysia akan dikemaskini

Intipati Bajet 2014

Berikut ialah intipati Bajet 2014 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan, di Dewan Rakyat hari ini.

Bajet 2014 bertemakan "Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana Janji".

Lima teras utama bajet ini ialah merancak aktiviti ekonomi, mengukuh pengurusan fiskal, menggungul modal insan, mempergiat pembangunan bandar dan luar bandar dan mensejahtera kehidupan rakyat.

* Peruntukan RM264.2 bilion bagi melaksanakan langkah-langkah, program dan projek kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara.

* Belanja mengurus RM217.7 dan RM46.5 bilion belanja pembangunan.

* RM63.6 bilion diperuntukkan bagi emolumen dan RM36.6 bilion disediakan bagi perkhidmatan dan bekalan.

* Sejumlah RM29 bilion diperuntukkan untuk sektor ekonomi.

* RM10.5 bilion bagi sektor sosial termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat.

* RM3.9 bilion diperuntukkan bagi pembangunan sektor keselamatan, RM1.1 bilion (pentadbiran am) dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka.

* Kutipan hasil diunjurkan RM224.1 bilion, naik RM4 bilion

* Defisit fiskal Kerajaan Persekutuan berkurangan kepada 3.5 %, berbanding 4 % pada 2013.

* Kerajaan memperuntukkan RM1.2 bilion bagi tahun 2013 dan 2014 untuk perbelanjaan mengurus dan pembangunan, meliputi program promosi dan pengiklanan Tahun Melawat Malaysia 2014, dengan sasaran 28 juta pelancong.

* Tahun 2015 diisytiharkan sebagai Year of Festival.

* Bajet 2014 akan memperuntukkan sejumlah RM264.2 bilion bagi melaksanakan program dan projek

* Daripada jumlah ini, RM217.7 bilion diperuntukkan untuk Peruntukan Operasi manakala RM46.5 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

* Pada 2014, kutipan perolehan Kerajaan Persekutuan dianggarkan RM224.1 bilion, peningkatan sebanyak RM4 bilion berbanding 2013.

* Defisit fiskal Kerajaan Persekutuan akan susut seterusnya daripada 4 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2013 kepada 3.5 peratus pada 2014.

* Pelaburan swasta dijangkakan meningkat kepada RM189 bilion atau 17.9 peratus kepada KDNK, terutama dalam industri minyak dan gas, industri tekstil, peralatan pangangkutan dan pembangunan hartanah.

* Pelaburan awam dianggar mencecah RM106 bilion.

* Projek-projek yang akan dilaksanakan termasuk Lebuh Raya Pantai Barat dari Banting ke Taiping sepanjang 316-kilometer.

* Projek pembinaan landasan kereta api berkembar dari Ipoh ke Padang Besar, Gemas ke Johor Bahru.

* Projek-projek yang dilaksanakan oleh Petronas termasuk Projek Ammonia Urea Sabah di Sipitang; projek pembangunan bersepadu pengeluaran gas dan minyak di Kebabangan; projek loji regasifikasi di Lahad Datu; dan RAPID, Pengerang.

* Kerajaan akan memperuntukkan RM1.6 bilion bagi pembangunan di lima wilayah koridor ekonomi.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.