Bayi 3 Bulan Maut Dilanggar Kereta Ibunya Di Terengganu

Bayi 3 Bulan Maut Dilanggar Kereta Ibu Di Terengganu

Seorang bayi lelaki berusia 10 bulan maut apabila dilanggar oleh kereta yang dipandu ibunya ketika sedang mengundurkan kenderaan itu di pekarangan rumah di Kampung Bukit Besar dekat sini kira-kira pukul 7.15 pagi tadi.

Kejadian yang menyayat hati itu berlaku apabila mangsa, Muhammad Faqih Mohd. Fitri tanpa disedari dikatakan merangkak keluar dari rumah dan menuju ke belakang kereta.
Mangsa yang dikejarkan ke hospital Sultanah Nur Zahirah di sini disahkan meninggal dunia kira-kira 15 minit kemudian ketika dirawat di wad kecemasan.
P/S: ambil lah langkah berjaga-jaga selepas ini. kadangkala kecuaian dari kita boleh membuatkan kita kehilangan orang tersayang.

Sumber : Utusan Malaysia
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.