Makan burger 6.8 kilogram dalam tempoh 4 jam


PENNSYLVANIA, Amerika Syarikat 17 Okt - Seorang tukang masak restoran makanan Itali di sini berjaya menghabiskan burger seberat 6.8 kilogram dalam masa empat jam 39 minit.

Brad Sciullo dari Uniontown di sini, merupakan orang pertama yang berjaya menghabiskan burger seberat itu di Denny's Beer Barrel Pub.




Gambar Brad Sciullo yang dirakamkan oleh pub Denny's Beer Barrel di Uniontown, Pennsylvania, Isnin lalu sebelum lelaki berusia 21 tahun itu menghabiskan burger gergasi seberat 6.8 kilogram. - AP


Pemilik pub itu, Dennis Liegey berkata, burger yang dinamakan Barrel Belly Bruiser itu dilengkapi dengan bahan-bahan seperti roti, tomato, keju, bawang serta secawan mayonis, kicap dan mustard.

Ketika ditanya bagaimana dia boleh menghabiskan burger tersebut, Sciullo memberitahu, dia ingin melihat sama ada "saya boleh melakukannya".

"Saya sentiasa tertanya-tanya bagaimana kemampuan sebenar saya kerana saya pernah menghabiskan dua gelen air dan satu gelen susu dalam masa 20 saat," kata lelaki berusia 21 tahun itu.

Menurut Sciullo, dia yang melakukan perkara itu pada Isnin lepas terkejut dengan keupayaannya selepas berjaya menghabiskan separuh burger berkenaan dalam masa setengah jam.

Keadaan menjadi sukar dalam tiga jam berikutnya namun dia tetap terus mengunyah tanpa mengeluarkan sepatah perkataan.

Dia membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak AS$400, tiga helai baju-T dan sijil penghargaan.




Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.