Umi Azlim Mohamad Lazim ditahan kes dadah di China!

UMI AZLIM MOHAMAD LAZIM beritahu kemungkinan dibebaskan 7 tahun lagi kecuali diberi pengampunan oleh kerajaan China.

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Umi Azlim Mohamad Lazim pula ditahan kes dadah

Hampir setahun tanpa khabar akhirnya sebuah keluarga di sini menerima berita buruk mengenai anak perempuan sulung keluarga itu telah ditahan di China atas tuduhan membawa masuk heroin ke republik itu, 19 Januari tahun ini.

Lebih memilukan, menerusi sepucuk surat ke Wisma Putra bertarikh 12 Julai lalu, dikatakan Umi Azlim Mohamad Lazim, 24, telah dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Undang-undang Jenayah Guangzhou republik itu pada 15 Mei lalu atas kesalahan menyeludup masuk heroin seberat 2,983 gram.


Ibu Umi Azlim, Umi Slaia Ibrahim, 45, berkata, anaknya diberi tempoh 2 tahun dari tarikh dijatuhi hukuman itu untuk membuat rayuan.


"Inilah yang membuatkan saya sekeluarga merasa sangat sedih.

Sudahlah beberapa bulan tidak mendengar berita akhirnya anak saya ditahan di China atas kesalahan berat ini dan telah dijatuhi hukuman mati.


Saya dimaklumkan dadah itu untuk diserahkan kepada seorang rakyat Nigeria yang bernama 'UG' sebaik tiba di Shantou (China) apabila menerima satu bungkusan di Bangkok (Thailand), katanya ketika ditemui di rumah keluarga itu di Kampung Tok Kamis di sini, hari ini.

Umi Slaia berkata, dadah itu ditemui tersorok dalam baju sejuk di bagasi anaknya sebaik tiba di Shantou.

Umi Azlim yang baru beberapa bulan bekerja selepas menamatkan pengajiannya di Universiti Malaysia Sabah dalam jurusan Sains Biologi dilaporkan telah bekerja dengan sebuah syarikat yang menjual alat mengurut kaki milik seorang yang hanya dikenali sebagai ‘Datuk Anas’ di ibu negara.

Menurut Umi Slaia, oleh kerana anaknya fasih berbahasa Inggeris dia telah dipilih syarikat itu untuk menjalankan urusan di luar negara.


‘Sebelum ini Umi selalu menelefon saya sehinggalah terputus hubungan sejak Januari lalu, katanya.


Beliau berkata disebabkan khuatir keselamatan Umi Azlim, Umi Slaia telah ke Jabatan Imigresen Kelantan di sini untuk membantu tetapi telah diminta merujuk kes itu ke Wisma Putra.

“Pegawai Wisma Putra di Putrajaya memberi jaminan untuk cuba mengesan Umi Azlim jika benar berada di luar negara tetapi akhirnya telah dimaklumkan anak saya kini ditahan di China kerana kes dadah,’’ katanya sebak.

Umi Slaia percaya anak sulungnya itu tidak bersalah dan telah dianiaya oleh lelaki Nigeria itu berdasarkan kepada keterangan Umi Azlim dan saksi lain dalam surat mahkamah yang dikirimkan ke Wisma Putra itu.

Mengikut keterangan Umi Azlim di mahkamah, dadah jenis heroin itu telah diserahkan kepadanya oleh seorang wanita rakyat China bila tiba di Bangkok dan telah diminta menyerahkan barang berkenaan kepada lelaki Nigeria itu sebaik tiba di Shantou.


“Anak saya tidak akan buat perkara ini dan dia tidak tahu apa-apa jika tidak dianiaya, katanya.

Bapanya Mohamad Lazim, 50, seorang bekas tentera yang kini bekerja di bengkel servis Proton di sini berkata Umi Azlim adalah harapan keluarga dan merupakan anak yang baik dan rajin.

“Saya berharap ada pihak sudi membantu mendapatkan peguam bagi Umi Azlim untuk membuat rayuan itu.


Saya dan isteri hendak sangat berjumpa Umi Azlim di Penjara Guangzhou tetapi kami orang susah apatah lagi nak dapatkan peguam.

Picture
Bapa dan ibu Umi Azlim sewaktu tiba di Guangzhou, China untuk melawat anak mereka

Kami nak dengar sangat apa cerita sebenar yang berlaku dan saya berharap rakyat Malaysia tolonglah kami terutama anak kami sedang berdepan dengan maut,’’ kata Mohamad Lazim.

Sebelum ini, seorang lagi rakyat Malaysia, Raja Munirah Raja Iskandar, 22, dikenakan hukuman penjara tujuh tahun atas kesalahan menyeludup dadah di Jepun.

Beliau kini membuat rayuan terhadap hukuman itu. - –Bernama.

Berkat doa ibu, Umi Azlim terlepas hukuman mati

DOA seorang ibu adalah doa yang paling mulia dan tinggi martabatnya di sisi Allah. Aku langsung tidak meragui hakikat itu.

Masih ingatkah korang graduan Sains Biologi Universiti Malaysia Sabah (UMS), Umi Azlim yang dijatuhkan hukuman tembak hingga mati selepas didapati bersalah menyeludup 2.983 kilogram heroin di Lapangan Terbang Shantao pada 15 Mei tahun lalu?

Walaupun nyawa sudah dihujung tanduk, tetapi bapanya Mohamad Lazim dan ibunya, Umi Slaia tak pernah putus asa berdoa dan berusaha agar anak kesayangan mereka itu dibebaskan.


Walaupun miskin dan tinggal beribu batu dari tempat Umi Azlim ditahan, mereka berdua sanggup bergolok bergadai asalkan mereka dapat sekurang-kurangnya menatap wajah Umi Azlim buat kali terakhir.

Dengan bantuan NGO tempatan dan orang ramai, kedua orang tua tersebut dapat juga ke China dan bertemu dengan anak mereka.


Namun usaha tidak terhenti di situ, menyedari hanya Allah saja yang mampu membantu mereka, kedua-duanya tak putus-putus berdoa agar ‘keajaiban’ berlaku di negara komunis yang memang terkenal dengan penguatkuasaan undang-undang yang ketat itu.

Tuhan maha kuasa. Semalam Mahkamah Tinggi Undang-Undang Jenayah Guangzhou meringankan hukuman mati Umi Azlim kepada penjara seumur hidup.

“Kami sekeluarga juga sebelum ini tidak pernah tinggal solat hajat dan berdoa supaya Umi Azlim dibebaskan, apabila mengetahui dia dilepas daripada hukuman mati dan mendapat penjara seumur hidup ia adalah rahmat yang paling besar,” ujar Mohamad Lazim pada Utusan Malaysia.

Namun tiada siapa dapat melawan takdir. Umi Slaia, ibu Umi Azlim terlebih dahulu meninggal dunia kerana barah leher yang dihidapinya kira-kira empat bulan sebelum menerima berita gembira ini

Benarlah kata pepatah, kasih ayah masa tiada, kasih ibu bawa ke syurga.

Inilah yang dikatakan takdir. Umi Azlim yang dijatuhkan hukuman mati tetapi ibunya pula yang terlebih dahulu kembali ke Penciptanya.

Al-Fatihah.

Aidilfitri: Bapa Mohon Bantuan Hubungi Anak Dalam Tahanan Di China

PASIR PUTEH – Seorang bapa merayu bantuan Wisma Putra, khususnya kedutaan Malaysia di China untuk membantu beliau menghubungi anaknya, yang kini dalam tahanan di negara itu sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri minggu hadapan.


Mohamad Lazim Jusoh, 62, berkata, beliau tidak dapat menghubungi anaknya Umi Azlin, 35, termasuk melalui panggilan telefon, kerana kesukaran hidup.

Picture
Mohamad Lazim bersama anak bongsunya Muhamad Azlimuslim, 18, menatap gambar Umi Azlim yang dipenjarakan di China sejak 2007.

“Saya berharap sangat dapat bercakap dengannya walaupun seminit, sekadar melepaskan rindu terutama pada Aidilfitri,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Cherang Tuli di sini, hari ini.

Umi Azlim anak sulung daripada enam adik beradik, dijatuhkan hukum penjara seumur hidup, dan ditahan di penjara Guangzhou kerana menyeludup heroin ke negara itu pada tahun 2007 ketika berumur 23 tahun.

Bekas pesara tentera itu berkata, sejak dua tahun lepas beliau juga tidak menerima kiriman, walaupun sepucuk surat sebagaimana Azlim lakukan sebelum ini.

“Mungkin beliau tidak dapat lakukan kerana menghadapi kesukaran dan kekangan yang terpaksa beliau hadapi,” katanya.

Mohamad Lazim berkata, sebelum Ramadan baru-baru ini beliau menerima panggilan daripada Wisma Putra bagi memastikan sama ada beliau ingin mengunjungi anaknya atau sebaliknya, tetapi beliau terpaksa menolaknya disebabkan masalah kewangan.


“Bagaimana saya nak pergi ke sana jika tiada wang yang mencukupi,  pencen saya hanya cukup-cukup makan sahaja,” katanya.

Beliau percaya hubungan baik antara kedua negara mampu menyelesaikan masalah itu dengan baik.

Sumber : BERNAMA

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.